Showing posts with label Emas. Show all posts
Showing posts with label Emas. Show all posts

23 October 2010

Jenis emas, kualiti dan karat

Salam semua...pagi2 lagi aku bangun terus bukak blog adeyyyy dah habit la plak hehe...pagi ni aku nak share pasal Jenis emas, kualiti dan karat....haaaa ni artikel sekali lagi aku pinjam dari web en. Shahrul, macam biasa aku kena minta permission dia kalau tak nanti aku kena saman daaaa ahaha, En. Shahrul jgn saman sy ea kiki....

Jom aaa kita zassssss Jenis emas, kualiti emas dan tahap mana karat emas tu layannnnn....

Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato,yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan, 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).

carob Jenis emas, kualiti dan karat
Contoh Kacang Carob

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.

Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)


loket emas dengan kaler hijau dan merah (sumber blackhill)

94 Jenis emas, kualiti dan karat
contoh cincin emas berkaler hijau dan merah

Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.

Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.

Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.

credit hargaemas

18 October 2010

Emas didalam batu

Salam....aku rasa minggu ni aku memang nak share story pasal ema$ korang kena ambik tau jugak pasal aset ni hehe....sekali lagi aku kena minta izin dari tuan punya blog en. Shahrul memandangkan web dia pasal ema$ so penuh la info pasal GOLD...i like that web ngeh ngeh....

Kali ni share pasal Emas didalam batu...wooowwww interesting kan...meh la kita zasssssss.....


crystal gold alaska Emas didalam batu
Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.



gold nugget venezuela Emas didalam batu

Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.


crystal gold08 RM1 Emas didalam batu

Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan





gold ore01 Emas didalam batu

Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama




crystal wire rams02 Emas didalam batu


Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.



gold ore02 Emas didalam batu


Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.




gold ore calif Emas didalam batu


Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.




octagonal gold Emas didalam batu


Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.




gold ore04 Emas didalam batu


Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.



yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?


best kan ceta pasal emas ni....fuhhh best wooo kalau dapat seketui mcm gambar2 nih hehehe

credit hargaemas

Idea Time Boring lalala

Salam semua....haiiii hehe...petang2 ni boring lak aku rasa jadik dari aku dok boringggg sampai jam 5 ptg bek aku tayangkan kerja godek mengodek photoshop hehehe...tayang jer dulu tutorial nnti aku buat hehe..

Tengok la kerja godekkan ku...ni baru satu aku godek blom semua lagi kiki



sekian terima kasih buat masa ini sajalah gambar aku godek...lain akan menyusul...sapa nak pic dia kena godek meh sini kiki

lalala entry boring

50 fakta tentang emas

Salam....haihhh tiba2 lak xbole tido padahal bukan main syok lg aku tido td ni gara2 terjaga la nih...apa lagik nak share artikel la ngeh ngeh....kali ni aku nak share Fakta Tentang Emas....fuhhhh makin best plak EMA$ ni hehe...sekali lagi aku borrow atrikel ni dari En. Shahrul, aku siap minta permission tau dr tuan punya web, mana bole suka2 hati ai jer nak ambik artikel dia kang xapasal2 aku kena fire woooooiiiiiii xmau aku......

So jgn layan kemerepekkan aku, zassssssss

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
ketulan emas, butiran emas
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
paper gold 106x106 50 fakta tentang emas15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
images 4 50 fakta tentang emas21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
ist1 3765800 summer calm 50 fakta tentang emas
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
ist1 13036090 postage stamp showing portrait of adolf hitler 50 fakta tentang emas
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

American Gold Eagle 2 106x106 50 fakta tentang emas
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.



credit hargaemas

17 October 2010

Award lagi....hehe sukernyeeeee

Salam...hai semua....entry pendek untuk jam ini hehehe...aku dapat award lgik dari blog atikaahmadiah....terima kasih yer award tu comei sanggat2...award ini khas untuk follower dia ajer so aku salah sorg....

best kan...nanti aku nak buat jugak la award untuk follower aku tp cukupkan sehingga 200 follower dulu hehe,,,syarat aku jer ni kuikuikui...

'Create

20 Sejarah emas di Malaysia

Salam semua...hari ni aku nak share pasal EMAS waaaaa EMA$$$$$$ hehehe...kepada yang suka sanggat ema$$$$$$ ni pe kata kita kenal sejarah Ema$ dulu hehehe...ekcely artikel ni aku pinjam dari En. Shahrul tuan punya web ni memang ceta pasal EMA$$$$$ haha...best wooooo

Jom kita kenal sejarah emas dulu.....$$$$$

images 7 80x106 20 Sejarah emas di MalaysiaDalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.

lemuria map2 120x106 20 Sejarah emas di MalaysiaSatu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.


harga emas hari iniDalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.

laksamana cheng hoLaksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya

Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.

gemih emas malaysiaDalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.

lombong emas malaysiaAkhirnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil kekayaan emas di tanah ini.Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Tall Sh 5.4 105x106 20 Sejarah emas di MalaysiaRezab emas negara dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada kajian-kajian yang diilakukan dan ia sentiasa bertambah apabila penemuan baru dan akan berkurang apabila mineral tersebut digali dari perut bumi.
Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.

lombong malaysia 75x106 20 Sejarah emas di MalaysiaPerlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.
Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.

mersing2xl8 141x105 20 Sejarah emas di MalaysiaPada tahun 2008, negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan “Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2002.
Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.

ne 01.1 127x106 20 Sejarah emas di MalaysiaPada awal tahun 2010 kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas” tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.



credit Haga Emas Malaysia