12 January 2011

Pelakon Aman Shah didenda kerana berkhalwat

PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM3,000 atau penjara tiga bulan terhadap pelakon, Aman Shah Abu Kassim, 57, dan pasangannya kerana kesalahan berkhalwat.

Beliau dituduh berkhalwat dengan Rohana Awang, 33, di sebuah apartmen kuarters kerajaan, di Presint 15, di sini, 26 September lalu.