13 February 2011

Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman

Assalammualaikum & hai

sekadar nak kongsi pasal tajuk kat atas tu, baca dari buku 'Jangan Berputus Asa, Dont Give Up'...best buku ni terapi untuk aku hehehe...jadik aku nak share kat sini, ehem ehem chapter yang paling belakang hihihi...hasil tulisan Hamdan Lutfi..jom zassssss 

google

Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman
Jadikanlah pondok sebuah istana, hiasilah rumahmu yang dibuat dari tanah liat, bukan istanamu yang dibuat dari gading.

KALAU ANDA SENYUM WALAUPUN KETIKA BERSEDIH DAN BERDUKA, SEBENARNYA ANDA SEDANG BERUSAHA MERINGANKAN BEBAN DAN MENGETUK GERBANG KEBAHAGIAAN YANG ANDA CARI.

sekali-sekali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita.Senyuman yang anda beri tidak akan membahayakan anda! tetapi sebaliknya ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang disekeliling anda dengan bahasa kalbu (senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.

Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai dihati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan menggangu hati mereka. 

-KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR-

moralnya banyakkan senyum kerana senyum itu ubat jiwa....aku bukan lagi takat senyum lebey dari senyum hahhaa

5 comments: