Walaupun Mummy dah mula berblogging sejak tahun lepas sebagai sahaja suka-suka atau sebagai online diary, tapi Mummy baru sahaja tahu tentang menjana pendapatan melalui Nuffnang awal tahun ini. Kira baru lagi lah subscribe dengan Nuffnang.
Perasaan nak berblogging ni bila mulanya tengok dekat earning dah ada RM0.25 dan lepas tu amount tu naik sedikit demi sedikit. Tu yang macam best je blogging dan mula giat berblogging lebih kerap dari masa ke semasa.
Setelah dah beberapa bulan blogging yang giat (giat ke? Haha) baru lah paham sedikit demi sedikit pasal jana pendapatan melalui Nuffnang ni dan jenis jenis iklan dari Nuffnang.
1. CPC (Cost Per Click) – Di mana kita akan dibayar bagi setiap klik daripada pengunjung blog kita (Jadi, setiap yang datang blog Mummy, tolong-tolong la click iklan tu) Hihihi..Jumlah yang dibayar adalah sekitar RM0.20-RM0.25 bagi setiap klik. Boleh dikatakan semua blogger di Malaysia ni subscribe dengan Nuffnang dan letak iklan-iklan dari Nuffnang.
2. MCPM (Metered Cost Per Impression) – Di mana kita akan dibayar bagi setiap jumlah pengunjung yang datang ke blog kita. Jadi, kita akan dibayar bukan sahaja kalau orang yang klik iklan tu tapi setiap pengunjung yang datang tu pun akan dibayar. Contohnya, 10 orang yang datang ke blog kita, kita akan dapat RM0.20. Cara pembayaran ini berdasarkan jumlah pageviw di blog kita. Dengan kata lain, kalau sorang pengunjung datang, tapi dia bukak 15 artikel di blog kita, maka seolah-olah ada 15 orang yang datang ke blog kita pada waktu yang sama.
3. Pengiklan akan pilih blog yang diorang nak iklankan dengan kadar berapa bagi setiap orang yang datang ke blog tersebut. Lagi ramai pengunjung, lagi lah tinggi harganya. Ini semua blogger-blogger Otai je yang akan dipilih oleh Pengiklan/Advertiser untuk letak iklan tu. Contoh blog yang selalu dapat iklan dari Pengiklan/Advertiser macam blog Red Mummy atau Beautiful Nara
Hasil dari pasif income Red Mummy. Hebat tak?
Inilah apa yang Mummy paham tentang jana pendapatan melalui Nuffnang dan dengan cara berblogging. Jadi, apa lagi tunggu, marilah blogging tanpa henti untuk menambah pendapatan! Letakkan info-info yang bermanfaat untuk pembaca dan sambil-sambil tu tambah pendapatan keluarga.
Kepada sesiapa yang dah mula jadikan blogging ni adalah satu activiti atau hobi, boleh lah pergi ke http://www.nuffnang.com.my
credit : Mummy Akmar