perginya sebutir permata...
tiada galang gantinya
walau sebanyak mana air mata
walau warnanya semerah darah
tidak mengapa wahai ibu
tidak mengapa wahai ayah
hakim menantimu disyurga
dengan tangan kecil yang setia
menanti mu kelak
dengan senyum dan tawa
innalillahiwainnailaihirojiun
Ya Allah...terima kasih kerana mengurangkan penderitaan adikku ya Allah
kau tempatkanlah adikku di sisimu ya Allah...
sebagai kekasih kecilmu
dan kau tabahkanlah hati kedua ibu dan bapaku
dan kau teguhkanlah iman mereka.
Semoga dugaan maha hebat ini
dapat mereka tempuh
bersama...
lahirnya permata hati ibu dan bapaku pada 30.03.2005 dan hadiah harijadi paling bermakna buat ibuku...
kembalinya kerahmatullah pada 23.10.2013 dan hadiah paling tak dapat dilupakan sempena harijadi ku...
terima kasih Ya Allah kerana pinjama kan dia kepada kami sekeluarga untuk seketika...semoga kami sekeluarga dipertemukan di jannah amin.
Our May Love Letter for You
3 years ago