Wanita murung nekad bunuh diri terjun dari tingkat 10
SERDANG: Seorang ibu yang disyaki mengalami kemurungan mencampakkan anak perempuannya berusia lima tahun dari tingkat enam Blok B, Flet Aman, Jalan SK 6/1, Seri Kembangan di sini, tengah hari semalam, sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 blok bersebelahan.
Kejadian itu berlaku selepas suami mangsa, Teoh Hock Hwa, 45, keluar rumah untuk membaiki kereta selepas mengambil anaknya dari sebuah tadika sejam sebelum kejadian dan menghantarnya pulang serta meninggalkan mereka berdua di rumah.
Menurut Teoh, selepas 10 minit keluar dari rumah, dia menerima panggilan daripada jiran yang menyatakan isteri dan anaknya mati akibat terjatuh dari bangunan.
“Ketika menghantar anak pulang, saya turut membelikan makanan untuk anak dan isteri sebelum meninggalkan mereka di rumah. Ketika itu isteri saya menangis kerana ingin mengikut saya ke bengkel kereta, tetapi saya tidak mengendahkannya,” kata Teoh yang kesal ketika ditemui di tempat kejadian.
Teoh berkata, sebelum kejadian itu beberapa jiran mendakwa melihat isterinya membawa kerusi dari rumah mereka di tingkat dua Blok B flet berkenaan menuju ke tingkat enam sebelum bertindak mencampakkan anak mereka.
Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Man Yee mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di badan, selain tangan yang hampir putus selepas tersangkut pada tangki air serta hentakan kuat pada kepala.
Selepas mencampakkan anaknya, isteri Teoh kemudiannya dilihat menuju ke Blok A sebelum naik ke tingkat 10 bangunan terbabit dan terjun ke bawah.
Mayat isteri Hock Hwa kemudian ditemui di tingkat bawah blok berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.
Teoh berkata, beliau tidak menyangka isterinya sanggup bertindak sedemikian walaupun sedar dia mengalami kemurungan sejak 10 tahun lalu.
Difahamkan, keluarga mangsa menyewa di tingkat 2 blok itu sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata kes kematian anak beranak itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR) iaitu membunuh dan bunuh diri.
BHarian
note : haduiiiiiiii kenapa kenapa la org suka bunuh diri skang ni..scary la...
Our May Love Letter for You
3 years ago
salam jiran...wei aper ke susah nau aku nk bukak page ko nih...berat weh...adoiyai...tgk kan dah terputus hubungan sari due...kuikui
ReplyDeleteish..macam tu sekali akibat kemurungan..huhu
ReplyDeletetekanan hidup laa tuh....
ReplyDeletesemalan ade juga citer owner restoran kena bunuh kat lahad datu...ade kamu bce..
ReplyDeletepsst bah ok suda kamu? ngeh ngeh..
@nickahoii jiran umah sebelah...aku dah fix nih..kalau loading lambat lg aku bg klorox jer blog nih huhu
ReplyDelete@bantalbucuk scaryyyy kan..
ReplyDelete@nadia ar-rumaisha ah ah betul la tu tekanan
ReplyDelete@Uchi kay-f @hmad jgn kan kat LD kat mana2 pun skang ni kes bunuh2 ajer..takut...
ReplyDeletepsttt ok sudah hihi
ha ok la dikit kelajuan ko...klu tak maunyer berjanggut aku nunggu ha
ReplyDelete@:.nick.: alhamdulillah...hihihi..cian kat ko jer nnti xpasal2 tumbuh jangut kikiki
ReplyDelete