12 February 2011

TELUR BUAYA??????? erkkkk

Assalammualaikum & hai

perghhh tajuk macam gempax hahaha....dapat soalan kaw kaw dari member aku tanya pasal telur.....erkkk...
 (sila layan dialog yer) hihi


 

si kawan : awk, orang islam boleh makan telur buaya tak?..
aku : haaa 2 alam n bertaring, makan bangkai, makan orang makan segalanya la mana boleh, kalau darurat boleh kot....(kah kah kah  jawapan tak bertauliah langsung)
si kawan : abis tu kenapa telur penyu boleh makan lak?..
aku : telur penyu tak memudaratkan...telur buaya memudaratkan kot, tp kenapa telur ular xbole makan????...(saja tukar kepada ular wahaha)
si kawan : so kalau penyu tu 2 alam boleh makan tapi buaya 2 dua alam tak boleh makan, padahal buaya & penyu sama reptilia.....
aku : semua telur boleh dimakan kecuali yang memudaratkan
si kawan : semua telur tak memudaratkan..
si kawan : ada kajian ke cakap telur buaya memudaratkan? semua telur berkhasiat la...
aku : .......(aku pun blur)


Dan terus aku search pasal ni...haihhh iya tak iya jugak tp logiknya memang la xbole makan telur buaya ke ular ker, telur cicak ke katak ke apa2 ajer binatang kecuali telur ayam hehhe...xnak aku walau bagi aku satu juta rupiah hahahaha...eeee xnak....

dan ni  yang aku jumpa...layan....

Hukum Makan Telur Penyu Dan Telur Buaya
Soalan:-
Saya ada kemusykilan mengenai hukum pemakanan terhadap telur penyu dan telur buaya - Bolehkah ianya dimakan??

Jawapan:

1. Buaya – menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga duduk didarat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama didalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). 

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali : “Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

2. Penyu – Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf dikalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup didalam dua alam, wujudnya khilaf dikalangan ulama’, termasuklah penyu. 

Berkata Dr Abdullah Faqih :- “Ulama membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah swt :- (Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik 2:168) dan juga firmannya (padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu 6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu terdapat khilaf dikalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula-mula sekali keluar dari perselisihan”

Ibn Qudamah rh. didalam Al-Mughni mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya : “Semua yang hidup didarat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”

Dikalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

HAIWAN AIR

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikatnya di air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.

Pada pendapat Mazhab Syafi’ie ada haiwan yang harus dimakan telurnya tetapi haram memakan binatang tersebut seperti penyu, tuntung dan seumpamanya.



macam mana, boleh membantu tak soalan tu si kawan huhu...harap boleh la yer coz sapa la yang nak makan telur buaya tuh,,,kang xpasal2 buaya admire plak hahhahaa...nak tau lebey serius boleh tanya ustaz ke sapa2 la yg tau pasal ni...


credit infinity

17 comments:

  1. tetibe tingat kat ustazah saonah yg pernah ajar bab muamalat ni liz...ngeh ngeh..

    sebut psl telur,jgn ckp kuat2 cik liz krg ade bloger yg emo plak..sbb ade bloger bername telurdibasuh taw..ok Daa..

    psst task design under pending 24 jam dri skrg...:p

    ReplyDelete
  2. ish tak pernah terpikir lak kan..macam mana la dia boleh tanya macam tu..hehe

    ReplyDelete
  3. banyak2 telur, telur buaya jugak dia nk makan ker...ish ish..ko beli satu rack telur ayam kasik kat kawan ko tu...ekeke

    ReplyDelete
  4. hehehe..betul2 dlm bab fiqh nie mmg byk khilaf..nice info k? hehe

    Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

    ReplyDelete
  5. haah, pada awalnya saya terfikir juga ttg soal pemakanan telur buaya ni...


    Apapun, thanks liz, memang menghuraikan persoalan dibenak ni...

    ReplyDelete
  6. @Uchi kay-f @hmad aiseh...hehehe...mana ada cakap taip ajer ni huhu...

    okeh rojer anything emel me hehe

    ReplyDelete
  7. @bantalbucuk tu la pasal...dia da abis fikir kot tu yg tanya pasal telur buaya haha

    ReplyDelete
  8. @Kancilbiru hahaha kak KB dia nak merasa kesedapan telur buaya kot kuikui...

    ReplyDelete
  9. @Inspirationalefeks sori la dik kat blog ni memang xada cbox yer harap maap ngee

    ReplyDelete
  10. @Mr. TN_SkY tq...ada jawapan yang lebey bagus ker pasal post nih hehe...

    ReplyDelete
  11. @nadia ar-rumaisha welkem dear...hihi, just sharing...kang tiba2 ngidam telur buaya lak masalah lagik hehe

    ReplyDelete
  12. abestu telur cicak leh mkn tak sbb cicak takde taring....kalau kita bele cicak kasik makan nasik bende bende yg bersih suci..nnt lepas dia bertelur kita leh mkn telur dia tak? (Beruang Yang Sopan)

    ReplyDelete
  13. @Anonymous hahahha...hampeh tul la si beruang nih..ngidam nak makan telur cicak kah..hahaha...adoiilaaa..

    ReplyDelete
  14. saye suke telur ayam yg direbus separuh masak...jhahahahhahaha

    ReplyDelete