Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

21 December 2011

Duit Syiling Malaysia terbaru

Assalammualaikum & hai

orait aku baru tau pasal duit syiling Malaysia yang terbaru ni..bukak2 portal Bank Negara tengok kat side ada tunjuk duit syiling terbaru...wahooooo....memang aku ketinggalan zaman..but aku nak share juga ngeee



Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.-BNM

nak tau lebey details lagi, gi jer kat SINI yer

23 September 2011

Saya mungkin ada ketumbuhan/kanser payudara ataupun adakah ini tekstur semulajadi?

Assalammualaikum & hai

nak sharing pasal ketumbuhan pada payudara ni, rasanya semua orang pun tahu kan tapi aku nak kongsi jugak apa itu ketumbuhan payudara. Apa yang pernah aku dengar kat ceramah-ceramah kesihatan tentang ketumbuhan/kanser payudara ni memang la kalau boleh tak nak kena kat kita kan, maklumlah tu kan aset wanita. so, memandangkan ni artikel kesihatan aku pinjam artikel ni untuk dikongsikan....selamat membaca


TIDAK dinafikan seseorang wanita itu akan berasa gementar dan gundah apabila diberitahu, wujud ketumbuhan pada payu dara mereka. Dalam fikiran mereka pasti tergambar kemungkinan mereka menghadapi barah payu dara. Barah payudara adalah barah yang paling kerap berlaku di kalangan wanita sebaik saja meningkat usia 20 tahun ke atas di Malaysia.

Bagaimanapun, bukan semua ketumbuhan pada payu dara itu barah kerana kajian menunjukkan antara 80 hingga 90 peratus adalah ketumbuhan biasa. Oleh kerana barah payu dara adalah satu penyakit utama di kalangan masyarakat dunia yang mengakibatkan kesengsaraan dan kematian, setiap ketumbuhan pada payu dara mesti dianggap barah sehingga terbukti secara saintifik ia bukan penyakit yang digeruni wanita itu.
Untuk membezakan dengan tepat antara ketumbuhan biasa (benign tumour) dan barah payu dara secara fizikal adalah sukar. Hanya dengan membuat kajian cytologi (kajian sel) saja dapat memastikan sesuatu ketumbuhan itu barah atau sebaliknya.
Antara 80 hingga 90 peratus ketumbuhan pada payu dara adalah ketumbuhan biasa yang bukan barah. Ketumbuhan biasa (benign tumour) yang boleh berlaku pada payu dara termasuk:
Fibroadenoma – ketumbuhan ini kerap berlaku di kalangan wanita muda. Permukaannya licin dan mungkin berbonjol. Ia bergerak di sekitar payu dara apabila ditekan.

Fibrocystic mastopathy – biasa berlaku di kalangan wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun yang belum putus haid. Besarnya berbeza berdasarkan pusingan haid dan bertambah besar dan sakit apabila menghampiri haid. Berdasarkan sifat percambahan sel epithulium, ia berisiko berubah menjadi barah.

Sista – ia adalah biji yang mengandungi air. Kebanyakannya tidak berbahaya melainkan biji yang mengandungi darah.

Fat necrosis – berpunca daripada kecederaan pada payu dara yang menyebabkan sel lemak payu dara mati dan membentuk kumpulan biji keras. Agak sukar untuk dibezakan sama ada penyakit itu barah atau sebaliknya selain dengan kajian sel histologi.

Mengenali perbezaan antara ketumbuhan barah dan ketumbuhan bukan barah
Bisul (breast abcess) – selalunya tidak sukar untuk membezakan bisul dengan barah. Bagaimanapun, ‘antibioma’ iaitu bisul menjadi benda pejal jika dirawat secara konservatif. Ia lebih menyukarkan untuk membezakan bisul dan barah.

BEBERAPA petunjuk mungkin dapat memberikan gambaran kasarnya sama ada ketulan pada payu dara itu berbahaya atau sebaliknya. Antaranya risiko individu untuk diserang barah, sifat fizikal ketumbuhan itu dan faktor genetik. Semakin banyak petunjuk yang positif semakin besar kemungkinan ia adalah barah.
Mengetahui faktor risiko akan menentukan sama ada individu itu perlu atau tidak melakukan pemeriksaan saringan. Sekiranya individu tidak mempunyai faktor risiko, tidak bermakna individu selamat. Barah payu dara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan melakukan rawatan sebelum barah itu merebak.

Berikut adalah faktor barah payu dara yang dikenal pasti:
1. Jantina
Barah payu dara adalah penyakit membabitkan wanita (95 peratus daripada kes barah payu dara adalah di kalangan kaum wanita).

2. Umur
Usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali berhadapan dengan barah payu dara.

3. Geografi
Barah payu dara lebih kerap ditemui di negara Barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.

4. Riwayat barah payu dara
Sekiranya individu itu pernah menghidap barah payu dara, risiko ia akan berulang meningkat empat kali ganda.

5. Keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita itu mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidap barah payu dara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi barah payu dara akan meningkat dua kali ganda dan risiko ini akan meningkat empat kali ganda sekiranya dua atau lebih waris terdekat menghidapi barah payu dara.

Untuk lelaki, risikonya tetap ada sekiranya bapa, adik beradik lelaki atau anak lelaki menghidap barah payu dara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi barah payu dara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60 peratus lelaki pengidap barah payu dara mempunyai saudara wanita yang menghidapi barah payu dara. Usia mereka ketika menghidapi barah penting diketahui.
Hanya lima hingga 10 peratus saja wanita yang menghidap barah payu dara mempunyai faktor genetik.

6. Riwayat penyakit payu dara
Ini meliputi semua keadaan di mana ada sel abnormal. Wanita yang memiliki sel agak abnormal ialah hiperplasia atypical yang mempunyai kadar risiko empat kali gindividu menghidap barah payu dara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

7. Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko dia menghidapi barah meningkat dua atau tiga kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.

8. Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi barah payu dara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.

9. Status sosio ekonomi
Status sosio ekonomi tinggi akan meningkatkan risiko barah payu dara. Ini berkaitan dengan usia ketika baligh, usia ketika putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan.

10. Pemakanan
Pemakanan dikatakan mempengaruhi kadar barah di beberapa negara. Bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa kaitan antara kadar barah payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol membuktikan peningkatan risiko antara 1.4 hingga 2.0 kali gindividu.

11. Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat untuk alami barah payu dara. Ini kerana lemak mengandungi oestrogen sekali gus wanita seperti ini mempunyai paras oestrogen lebih tinggi

12. Penyusuan
Kajian menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan barah payu dara. Penyusuan tidak memberi perlindungan kepada wanita.

13. Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali ganda. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberi adalah rendah dan risiko barah akan meningkat 1.8 kali ganda hanya selepas penggunaan selama lima tahun. Selepas itu, risiko meningkat 2.6 kali ganda.

14. Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X ketika usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap barah payu dara tetapi pendedahan seperti ini jarang berlaku.

Pemeriksaan payu dara
Pemeriksaan payu dara boleh dilakukan oleh pengamal perubatan atau individu itu sendiri. Tiada siapa yang lebih arif akan badan seseorang melainkan individu itu. Adalah digalakkan setiap individu membuat pemeriksaan payu dara sendiri setiap bulan.
Bagaimana melakukan pemeriksaan sendiri payu dara?
1) Berdiri di hadapan cermin, bercekak pinggang dan perhatikan –

Kedudukan dan rupa kedua-dua payu dara

Bonjol atau lekuk

Permukaan kulit dan warnanya

Rupa dan kedudukan puting
2) Dengan berdiri, urut payu dara dengan hujung jari yang rapat dan rata.
3) Ulangi pemeriksaan itu dengan berbaring
4) Bahagian ketiak patut juga diberi perhatian dan urutan bagi memastikan ia normal atau tiada ketulan
Diagnosis
Kebanyakan ketumbuhan bersaiz lebih satu sentimeter. Ia boleh dapat dirasai dengan pemeriksaan sendiri. Kadang kala kesukaran untuk merasai ketulan berlaku disebabkan tidak banyak perbezaan konsistensi antara ketulan dan tisu payu dara kelilingnya atau kedudukannya yang terlalu dalam.

a) Mamogram dan ultrasound
Kebiasaan saiz yang kurang daripada satu sentimeter sukar untuk dirasa. Dalam keadaan begini
ultrasound atau mamogram dapat membantu mengenal pasti kewujudan ketulan itu.
Apabila pemeriksaan fizikal tidak memberi kepastian mengenai ketumbuhan pada payu dara, disebabkan saiz yang terlalu kecil atau kedudukannya yang dalam, ultrasound atau mamogram dapat menyelesaikannya.
Bagi individu yang mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kanser payu dara, menjalani pemeriksaan berkala mamogram adalah digalakkan.
Mamogram disarankan dibuat bermula pada umur 35 tahun. Ia perlu diulangi dua tahun sekali antara usia 40 hingga 50 tahun dan setahun sekali selepas 50 tahun.

b) Ujian darah (CA153)
Ujian darah juga boleh dibuat bagi mengkaji kewujudan barah payu dara (CA153). CA153 adalah sebahagian daripada ujian pakej pemeriksaan darah, namun ia bukanlah cara serta kaedah pengesanan yang berkesan. Ia sekadar dapat mengenal pasti tujuh peratus daripada mereka yang menghidapi penyakit barah payu dara pada tahap yang awal.
Kadar CA153 adalah tinggi di kalangan 90 peratus daripada pesakit barah payu dara pada tahap yang keempat. Mungkin CA153 berguna untuk melihat tindak balas pesakit tahap keempat terhadap rawatan barah payu dara mereka.

c) Pemeriksaan Genetik – BRCA1 & BRCA2
Satu lagi kaedah pengesanan adalah pemeriksaan genetik – BRCA1 & BRCA2. Ujian ini bukanlah kaedah yang mudah dan dapat digunakan pada setiap wanita. Pemeriksaan serta ujian kepada faktor kerosakan genetik (genetic defect) yang dikaitkan dengan penyakit payu dara ada waktunya berupaya membantu tetapi ada ketikanya sebaliknya.
Sekiranya pemeriksaan menunjukkan hasil keputusan negatif, individu pastinya akan berasa lega serta terlepas daripada kebimbangan menghidap penyakit itu. Apabila keputusan pemeriksaan adalah positif, ia juga tidaklah bermaksud seseorang wanita itu akan menghidap penyakit ini secara mutlak. Bagaimanapun, wanita itu mungkin ditenggelami perasaan risau yang berlebihan atau pun cemas.
Memang sudah diketahui umum bahawa kaedah pengujian BRCA tidak berupaya untuk mengesan sebanyak 20 peratus daripada tabiat ‘keluarbiasaan’ gen. Ini bermakna sesebuah pengujian yang menunjukkan hasil yang negatif turut mempunyai kemungkinan mengandungi gen mutan.

d) Pemeriksaan sel tisu – `Fine Needle Aspiration Cytology’
Untuk membezakan dengan tepat antara ketumbuhan benign dan barah payu dara secara fizikal adalah sukar. Hanya dengan membuat kajian sel saja dapat memastikan sesuatu ketumbuhan itu barah atau sebaliknya.
Pada suatu masa dulu kajian ini dilakukan dengan jarum `Tru-Cut’ yang agak besar dan menyakitkan. Bagaimanapun, kini kajian dilakukan dengan jarum biasa dan kecil tidak memerlukan pembiusan.
Di tangan pakar kaji penyakit yang mahir, hasil ketepatan diagnosa menghampiri 100 peratus.

Oleh Dr Jamaludin Yushak 
Pakar Bedah Am



Rumusannya adalah mencegah lebih baik dari merawat ...macam mana nak cegah, ikut nasihat doktor yer...errrrkk gerunn....tapi jangan risau buang tetap buang punya kalau dah nama ketumbuhan  hehehehe...eh ye ker hehehe tanya doktor la kalau nak tau lebey lanjut yer...

sumber : 
http://mzyhutnet.wordpress.com/2007/11/22/pemeriksaan-awal-cara-terbaik-cegah-barah-payu-dara/

21 April 2011

Produk Kosmetik Mengandungi Racun

Assalammualaikum & hai

Aku baru terbaca pasal produk kosmetik yang mengandungi racun, caittt apa la ketinggalan kapal selam aku ni....nasib baik la produk yang aku pakai xada dalam list produk bahaya....wewewe aku pakau shurah jer hehehe...

produk-produk ni mengandungi racun berjadual iaitu Dexamethasone, Hydroquinone dan Tretinoin. Apakah mendenyer tuuuu????......

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan kepada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit menggelupas serta teramat sensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone boleh mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran ultra ungu dan cahaya matahari berlebihan sehingga terdedah kepada risiko kanser kulit

Dexamethasone  adalah sejenis steroid yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti rengsa serta kulit kering dan berjerawat, kulit menjadi nipis serta meningkatkan risiko jangkitan kuman sekiranya digunakan 


Produk-produk tersebut adalah :

1. Losyen BML HB
2. Krim Malam Shana
Krim Herba Natasya Gold
4. Krim Hydro Pemutih Biotox
5. Krim Pemutih Yoko 
6. Krim Rawatan Malam Sue Beauty

erkkkkkkkk.......sapa2 yang guna tu stop it la....danger youuuu!!!!

08 March 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia

Assalammualaikum &  hai

Hari ini adalah Hari Wanita Sedunia, 8 Mac... kepada suami , anak-anak , adik-adik ,ingatlah dan hargailah sumbangan dan jasa-jasa insan bernama wanita ini . Terlalu banyak kehebatan seorang wanita . Kelembutannya
bukan bermakna lemah !!

" Tangan yang menghayun buaian , boleh menggoncangkan dunia" 

05 March 2011

Info

Assalammualaikum & hai

nak sharing2 info yang aku dapat dari bahan bacaan..layannn

1. SIAPAKAH PENCIPTA PISAU CUKUR
-pisau cukur telah dicipta oleh Jacques Perret warga Perancis. Pada 15 November 1904 King Camp Gillite telah diberikan paten ciptaan pisau cukur dengan mata pisau yang lebih selamat dan mudah dibawa kemana-mana.

2. BIJAK TAPI PELUPA
-Sir Isaac Newton yang telah mencipta kaedah pengiraan memiliki satu kelemahan yang paling ketara iaitu mudah terlupa dengan nama orang termasuklah ahli keluarganya sendiri. Aiseh!!! ingat orang yang bijak pandai ni  superb tapi tetap ada kelemahan.

3. BERDENGKUR
-kajian keatas penduduk semenanjung Malaysia mendapati empat daripada 10 lelaki tidur berdengkur. Individu yang berdengkur kuat mempunyai risiko mengalami seranggan jantung dan mendapat strok.

Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2011 / 2012 Academic Session

Assalammualaikum & hai


Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2011 / 2012 Academic Session wahhhh best nih....sapa-sapa yang layak tu apa kata try BNM Scholarship nih..



FIELD OF STUDIES:
  • Economics
  • Accounting
  • Actuarial Science
  • Banking and Finance
  • Corporate Finance
  • Islamic Banking and Economics
  • Law
  • Shariah Law
  • Information Technology
  • Mathematics
Those who fulfilled the minimum requirements are required to apply online via Bank Negara Malaysia's website. Please submit the following documents
  • Curriculum Vitae/ Resume
  • Certified copy of Bachelor/Master degree results
  • Letter of recommendation from previous/ current university
  • One (1) page of Abstract / Executive Summary of your proposed research
to:
Scholarship Section,
Strategic Human Capital Department,
Level 10C, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur
:
Post graduate students who are currently pursuing Master's or PhD at recognised local or foreign universities are also eligible to apply.

Closing dates
Undergraduate/ Postgraduate : 20 March 2011
Pre-University : 7 days after announcement of SPM results

more info boleh terus ke BNM

Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2011 / 2012 Academic Session

13 February 2011

Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman

Assalammualaikum & hai

sekadar nak kongsi pasal tajuk kat atas tu, baca dari buku 'Jangan Berputus Asa, Dont Give Up'...best buku ni terapi untuk aku hehehe...jadik aku nak share kat sini, ehem ehem chapter yang paling belakang hihihi...hasil tulisan Hamdan Lutfi..jom zassssss 

google

Hadapilah Duniamu Dengan Senyuman
Jadikanlah pondok sebuah istana, hiasilah rumahmu yang dibuat dari tanah liat, bukan istanamu yang dibuat dari gading.

KALAU ANDA SENYUM WALAUPUN KETIKA BERSEDIH DAN BERDUKA, SEBENARNYA ANDA SEDANG BERUSAHA MERINGANKAN BEBAN DAN MENGETUK GERBANG KEBAHAGIAAN YANG ANDA CARI.

sekali-sekali jangan berfikir dua kali untuk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya bererti anda membuat dirimu menderita.Senyuman yang anda beri tidak akan membahayakan anda! tetapi sebaliknya ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang disekeliling anda dengan bahasa kalbu (senyuman). Bibir yang paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman.

Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai dihati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan menggangu hati mereka. 

-KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR-

moralnya banyakkan senyum kerana senyum itu ubat jiwa....aku bukan lagi takat senyum lebey dari senyum hahhaa

04 February 2011

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI 
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI 
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC 
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL 
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI 
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN 
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangaiidea @moodidea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah &cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalahkawan saya.

JULAI 
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkanMudah dipujuk dan bercakap lurusSangat menjaga hati orang lainSangat peramahEmosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinyaBerjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajamsuka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan dirisuka duduk dirumahsuka tunggu kawan tapi tak cari kawantak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perutmudah gemuk kawal tak kawal dietminta disayangimudah terluka hati tapi lambat pulihterlalu mengambil beratrajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER 
sangat bersopan santun & bertolak ansursangat cermat,teliti & teratursuka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi panda bercakapsikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujurkerja yg dilakukansangat sempurnasangat sensitif ygtidak diketahuiorg yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baikotak bijak & mudah belajarsuka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritikpandai mendorong diri sendirimudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsiasuka sukan,hiburan & melancongkurang menunjukan perasaannyaterluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangansukakan benda yg luasbersistematik

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanyasuka ambil jln tengahsangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalamtidak pandai berbohong & berpura-puramudah rasa simpati,baik pentingkan kawansentiasa berkawanhatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lamacepat marahmacam pentingkan diri sendiritidak menolong org kecuali dimintasuka melihatdari perspektifnya sendiritidak sukaterima pandangan orglainemosi yg mudah terusiksuka berangan & pandaibercakapemosi yg kelam kabutdaya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)suka melancong,bidang sastera & senipengasih ,penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaanmudah terusik hati & cemburuambil berat tentang org lainsuka kegiatan luarorg yg adilboros & mudah dipengaruhi persekitaranmudah patah semangat

NOVEMBER 
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, taksuka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER 
Sangat setia dan pemurahBersifat patriotikSangat aktif dalam permainan dan pergaulanSikap kurang sabar dan tergesa-gesaBercita-cita tinggiSuka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasiSeronok didampingiSuka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelaiSangat jujur amanah dan bertolak ansurTidak pandai berpura-puraCepat marahPerangai yg berubah-ubahTidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggiBenci pada kongkonganSuka berlawakPandai buat lawak dan berfikiran dgn logik



credit 1001D


note: ehem ehem yang aku bulan ten ten hihi

31 January 2011

Katun goges lagi kiut???macam mana nak buat???

Assalammualaikum & hai...

hihihi sejuknya kat sini...hari ni cuaca macam ala2 kat obesi pulak sejuk ajer...orait dah makan kah korang??? aku on dayet so makan buah ajer la...

nak sharing ni kat korang mana nak songlap pic katun kiut2 nih...well boleh tahan jugak la aku mencari di ceruk website nih huhhuhu...meh la aku bagi jeles sikit2 kat korang katun yg aku belasoh hahaha  biasa2 ajer








kiut kan kan kan

orait mana aku dapat nih??? haaaa meh aku habaq kat semua...korang boleh pergi SINI atau SINI okeh godek semua sampai naik boring hihihi...

itu ajer sekian...


10 January 2011

Editing image online

Assalammualaikum & hai...

okeh nak tanya korang, korang biasa edit pic guna photoshop atau photoscape atau apa2 aje la kan untuk edit gambar...okeh even aku ketinggalan tapi aku tak kisah sebab aku nak sharing...

hmmmm sapa2 yang teror boleh la edit gambar guna photoshop kan....ala mesti korang teror la guna photoshop...ada yang guna photoscape...tapi aku tak pandai sanggat guna photoshop huhu tapi try da error aje la...kuikui

orait saja nak sharing site yang edit image cara online paling senang la katakan...xpayah bukak photoshop dah huhu...okeh antara site yang mabeles yang aku suka antaranya 

  1. http://www.picnik.com/ - macam2 korang boleh buat kat sini...senang la katakan klik2 ajer hehehe
  2. http://www.reflectionmaker.com/ - ini adalah web yang untuk image reflection...sanggat okeh
  3. http://pixer.us/ - ini pun okeh jugak tapi basic aje la
  4. ada lagik nanti continue...ehehehe
sabar ea...lalala

21 December 2010

PNB umum agihan pendapatan ASB

Assalammualaikum & hai

hu hu hu....tenkiu my pren yg alert pasal ASB ni...kalau bab2 $$$ aku nak ajer tau cepat2 ngeh ngeh....waaaaa bestnyer macam xsabar tunggu next year...

21/12/2010 10:58am

Oleh AINUL ASNERA

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

best best nyer....semua orang pun ada ASB kan kan kan...sama2 la kita wait tahun depan...haiyak kayo sekejap la den hehehe...alhamdulillah rezeki....nanti boleh ler bayar hutang2 lalala~

credit utusan 

11 December 2010

Fakta Best

Assalammualaikum & hai...


Status terkini aku, tengah boring lalalla...so sambil2 layan boring dan kepeningan akibat baca tentang N&C bla bla bla jom la kiter baca pasal fakta best....jom jom 

  1. Aristotle ialah ahli falsafah Yunani yang pernah menjdai guru kepada penakluk Agung, Iskandar Zulkarnaim.
  2. Cahaya dapat mengelilingi bumi sebanyak tujuh kali dalam sesaat.
  3. Sungai "Hwang Ho" dikenali sebagai "Nestapa China" kerana sungai itu sering membawa bencana banjir ke lembangannya 
  4. Permainan snooker berasal dari negara India. 
  5. Negara Perancis telah menghadiahkan patung kebebasan " Statue Of Liberty " kepada Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan dan kebebasan pada tahun 1884.
  6. Floran adalah nama garam galian yang dapat menghalang kerosakan gigi. 
  7. William Harvey ialah seorang ahli Fizik yang menjumpai sistem pengedaran dadah di dalam badan manusia. 
  8. Korea Utara dan Korea Selatan telah berperang pada 25 Jun 1950. 
  9. Sungai Euphrates ialah sebatang sungai yang mengalir melalui Turki, Syria, dan Iraq sebelum masuk ke Telukan Parsi. 
  10. John Logie Baird telah mencipta Televisyen pada tahun 1876. 
  11. Sandwich Island ialah nama lama bagi Pulau Hawaii. 
  12. Pengasas parti Neo Nazi Jerman ialah Adolf Hitler. 
  13. Raja Thai yang memerintah sekarang ialah dari keturunan Dinasti Chakri. 
  14. Lanca atau beca merupakan satu jenis alat pengangkutan yang sangat terkenal di Asia Tenggara dan Asia Timur dan dicipta oleh seorang rakyat Jepun yang berketurunan Samurai. 
  15. Switzerland digelar "Padang Temasya Eropah." 
  16. Ibu Negara Brazil ialah Brasila bukannya Rio De Janeiro seperti yang selalu disebutkan. 
  17. Tuan Rumah Sukan Komanwel yang ke-16 ialah Kuala Lumpur,Malaysia. 
  18.  Pengasas Pertubuhan Palang Merah ilah Jean Hennri Dunnant.
  19. Norway mempunyai seorang sultan. 
  20. Manusia yang pertama mengelilingi bulan ialah Yuri Gagarin. 
  21. Lagu kebangsaan Negara Perancis ialah La Marssillaise. 
  22. Selat yang memisahkan Pulau Utara dan Selatan New Zealand ialah Selat Cook. 
  23. Negara yang menjuarai Bola Sepak Piala Dunia 1990 ialah Jerman Barat. 
  24. Pinocchio adalah hasil karya Carlo Collodi. 
  25. Pengembara Itali yang tiba di negara China bersama dengan bapa dan bapa saudaranya dan kemudian dilantik menjadi penasihat Maharaja Kublai Khan ialah Marco Polo. 
  26. Mesopotamia ialah nama lama bagi negara Iraq. 
  27. Sukan Olimpik mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1896 dan yang pertama telah diadakan di Athens. 
  28. Pulau Sentosa ialah Pusat Pelancongan Terkenal di Singapura. 
  29. Negara yang merupakan pengeluar kayu jati yang terpenting di dunia ialah Myanmar. 
  30. Bandar yang terbesar dan termaju di dunia ialah New York. 
  31. Matawang Itali ialah Lira. 
  32. Khalifah Islam yang pertama ialah Saidina Abu Bakar As-Sidiq. 
lalalala sekian terima kasih...ekceley banyak lagi tapi aku buh ni jak....nak tau lebey lebey sila ke SINI

04 December 2010

Proton Pahlawan : Proton Tuah

Assalammualaikum & hai....

Aku ni betul-betul tertinggal Jet la, tapi tak apa, sebab aku suka aku nak share hehe...
dah tengok tak Pahlawan canggih lagi ensem-ensem gitu...kalau belom tengok jom la tengok...

Tapi.....

Tuah jugak la yang ensem maksud aku Proton Tuah...opsss terlebih sudah hihi....
tadaaaaaa

Tuah3

Tuah6

halamak tergoda aku ;p

Selain dari Proton Tuah, ada jugak Proton Jebat, Lekiu, Lekir, Kasturi


Proton Lekir (walaaaaa nampak sport plak keta nih) 

29 November 2010

PADAH NESCAFE 3 IN 1 DAN SEUMPAMANYA...

Salam semua..nak share dapat dari emel ku..gerun lak bila aku baca...jom hayati sama2

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bengun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
ulang dia reput....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan...

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.


Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat

dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh 

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya. 
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap. 
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa. 
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari. 
6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer) 
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya. 
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


Sekian wassalam wallahuaqlam. 

'sharing is caring


Menu Minda

Salam semua...tertarik pulak ngan tajuk artikel tu...tapi memang best...korang ingat perut jer ke nak makan, minda ni pun kena makan jugak tapi kena la menu yang sihat-sihat...

google (saja nak bg korang lapau ngee)

sejauh mana kesihatan minda anda termasuk saya sendiri, adakah sihat atau kurang sihat atau tak sihat langsung hehehe....ada beberapa faktor untuk Menu Minda ni antaranya :
  1. Faktor Pertama: Bahan Bacaan Picisan
  2. Faktor Kedua: Hiburan Ibarat 'Pain Killer'
  3. Faktor Ketiga: Siapa Rakan Anda?

nak tau pasal ni boleh la terjah SINI kerana aku nak cerita panjang pun aku tak pandai aku suka nak sharing kasik kecoh-kecoh ajer....nak minda yang sihat kena la berfikiran sihat chaiyok....

25 November 2010

BEWARE OF PAPER CUPS

Salam semua.....dapat ni dari emel so nak sharing la dengan korang....

nak baca kena expend pic ni....

bahaya jugak paper cups ni,takut lak bila ada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan...fuhhhhh beware yer...

17 November 2010

Prince William Engage

Salam....tetiba rasa nak heboh-heboh jer sebab my prince dah tunang ngan orang lain uwekkk konon hikhik...xadalah memain jer...


google


Seperti yang korang semua dah maklum, Prince William Arthur Philip Louis of Bullcrap dah pun selamat bertunang dengan kekasih hatinya  Kate Middleton, wahhhh sonok Kate yer..hehehe...yang aku paling suka tengok Kate ni dia jelita ayu lawa...sempoi jer.....pape pun congrate pada mereka berdua kerana akhirnya dah engage...aku bila lagi nak engage ni, putera katak aku ni xreti2 nak transform jadik orang ker hikhik....


oklah tu ajer aku nak kecoh-kecoh sebelum nak tido...entry pendek, padat dan mutakhir ewahh hehehe...sila baca news kalau nak tahu lebey lanjut yer....arigato haittt!!!

14 November 2010

Salasilah Nabi / Rasul

Salam....sihat ker? wekend ni korang g mana jer hehe....aku tatau nak buat apa petang karang baru nak kuar g kenduri adik ipar khatam al-quran so buat BW sambil2 berlari-lari hehe...tadi masa baca forum/artikel aku ada jumpa carta organisasi Salasilah Nabi/Rasul so jadik aku pun pinjam la hehe...ni bole simpan dalam blog sendiri kalau nak tengok2 n nak carik nanti senang...ngeh ngeh...

sila expend pic untuk tengok lebey jelas

12 November 2010

MAHA 2010

Salam semua...pernah dengar tak MAHA....MAHA stand for Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism show...waaaaa tahun ni macam tahun2 biasa semuanya best best belaka...ehemmm kenapa plak aku cakap pasal mende2 yg berkaitan pertanian ni...ehem ehem memandangkan aku salah sorang warga pertanian pertanian belah mana jgn tanya ewahhhh saja ingin mempromokan lagi pasal MAHA 2010...



Wehh rugi kalau xpergi tengok...banyak mende2 menarik, from local sampai oversea datang tengok tau...MAHA tahun bila ntah aku pernah attend lupa dohh hehe...yang aku paling suka bab2 makanan apa lagi tester hehe...pastu ada give ehewwww bertambah aku suker... api ada jugak yg pernah pergi kan...best kan kan...kuikui


MAHA kali ni buat kat MAEPS Serdang...tau kan kan...stat pada 26 November hingga 5 December 2010

aku ingat nak share gambar MAHA masa aku pergi dulu tp mana tah gambar tu nnti aku selongkar folder laptop ku n nanti aku letak sini yer...


nak tau lebey lanjut lagi pasal ni korang boleh la terus zasssss ke SINI

09 November 2010

Kelebihan Domain?

Salam semua,,,hari ni nak share sikit pasa topik atas nun...kenapa lak aku nak cakap pasal ni padahal blog aku pon tak dak domain yayyyyyy, aku just nak tolong jawabkan ajer walaupun blog aku sendiri pun xada domian tapi insyaallah ada rezeki ada la domain sendiri nanti...Ada rakan blogger ni tanya apa kelebihan domain ni lagik-lagik kalau domain tu kita dapat free lalalala~ bestkan dah la domain sendiri free pulak tu weeeeee...

Macam tak layak jer aku nak tulis...maaflah kalau apa yang aku post ni ada yang tak tepat tantang domain tapi korang boleh rujuk pada otai2 blog yer...sumber ni pon aku cilok kat wangcyber.com maybe ni boleh jawab soalan rakan blog tu, berguna untuk sy jugak..amat amat...kepada otai2 blogger yang baca post ni kalau aku silap info harap korang perbetulkan yer...

sesetengah cakap kelebihan domain ni :

  •  menggunakan blogspot ibarat menumpang di sebuah bilik. Anda tak boleh buat banyak benda sesuka hati. menggunakan domain/hosting sendiri ibarat memiliki sebidang tanah. Anda bebas buat apa sahaja, bebas bina apa sahaja. Nak buat pangsapuri ke, banglo ke, rumah panjang keso senang cerita, the keyword is 'kebebasan'. (faezil)
  • kalo guna blogspot .. tak bleh pasang script affiliate...script affiliate amat penting bagi membantu mempromosikan produk anda secara percuma..(HairulHissam )
  • blogspot pun ok.. mcm kate faezil.. menumpang la.. mcm menumpang umah orang.... tak bebas buat ape sahaja.. kalau kite pakai hosting berbayar.. kire mcm kite sewa rumah duduk sorang2... bebas la skit... hosting ibarat rumah... domain ibarat alamat rumah tersebut... jadi... kelebihannya... mcm2 kita boleh buat di hosting berbayar berbanding blogspot.(imabiz )
Itu antara pendapat mereka la...memang betul jugak kan, tapi ikut kemampuan, xsemestinya tak ada domain kita tak boleh nak berblog rite...ikut kemampuan masing-masing...sama la macam aku jugak pasal aku tak mampu la aku tak ada domoin lalala~

yang penting kita hepi dengan apa yang kita kongsikan dan ikhlas...yang membaca pun hepi yang menulis pun hepi senyiummmm ^^

atau korang boleh baca SINI dan terima kasih kerana bertanya...hehe korang bole cek blog yang dah lama dalam dunia bloging ni...Minta maaf sekali lagi kalau ada kesilapan dalam post ni...sila perbetulkan yer ^^

credit http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/31250-salam-apa-kelebihan-ada-webhosting-domain-sendiri-dari-blogspot.html