Showing posts with label ADA ADA Jer. Show all posts
Showing posts with label ADA ADA Jer. Show all posts

20 April 2012

Women

Assalammualaikum & hai


suka kata-kata itu....women to be..
if la kan...hehehe

k bai

29 March 2012

Dress

Assalammualaikum & hai

sukanya tengok dress kaler plain ni...aku cekau kat The Poplook...nak beli tp semua pun out of stock..kaler yang memang kegemaran tuuuuu... :(




just ada 2 choice je yang aku berkenan + tambah ngan long black cardigan +  pakai shawl kaler ala2 tu jugak hehehe..berangan    

JODOH

26 March 2012

F1 Race in memory

 Assalammualaikum & hai 

Fernando Alonso 

Farnando Alonso - Juara   perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas semalam sekali gus melakar kemenangan ketiganya di Litar Antarabangsa Sepang selepas kali terakhir pada 2007. - Harian Metro


teringat masa first time tengok F1 Sepang April 2010....memang bestttttttttttttt bingittttttttttt hehehehe....yang aku ingat time race M.Schumacher out dari race sebab terbabas hehehe...


so kali ni F1 pada March 2012, rasanya dah lepas dah kot sebab dia stat 23,24 & 25 March 2012...hehehe...

F1 April 2010, dolu2 punya cerita, keadaan kat sana jangan cakap la luas memang luas, panas memang panas, kadang-kadang hujan...hitam jugak la aku kejap selama 3 hari...tenkiu la my dear pren yang sudi ajak tengok F1 masa tu ek...hehehe..tiket member sponser ngeee...

so bila tengok jer F1 Race memang kenangan la hehehe...lain kali nak lagi gi tengok..bestttt ooooo dgr bunyi bingit yang boleh berdarah gegendang telinga...ngeh ngeh..sapa yang rasa nak gi tengok gi la tahun depan pulak ea hehehehe,,,


aku tak dak pun dalam pic ni...malas nak show off hahahaha


ni gambar masa F1 Race 2010 eh hehehe...ada lg tp malas nak bubuh...

F1 in memory lalalala..tata!

13 March 2012

Nurul Nadirah Abdullah, dibunuh dan dibakar

pix_gal0
JOHOR BAHRU: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, (kiri) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flet Sri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 13 hari lalu, disahkan dibunuh dan dibakar selepas ujian DNA rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, Khamis lalu, dilakukan. 

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata pengesahan itu dibuat selepas Jabatan Kimia membandingkan sampel DNA mayat yang dijumpai itu dengan ibu mangsa, Roselyn Alan, 25.- Berita Harian



al-fatihah


Ya Allah...sebak bila tengok pasal berita ni semalam....apa la nak jadi dengan orang zaman sekarang, bunuh2 tu mcm sudah jadi trend...xada peraasan langsung ke, manusia ke apa, binatang pun tak buat macam tu...kat dunia bole la nak buat jahat, kat akhirat nanti tunggu la azab masing-masing...erkkkk



12 March 2012

tanpa tajuk

Assalammualaikum & hai

today is monday..jadi macam biasalah kalau isnin ni semuanya macam malas nak buat..any petua x untuk elakkan malas hehehe....

me...saja ambik pic sisi, muka xlawa so baik sorok wehehehe 

yesssss singgah di supemarket lepas lunch dan dapat beli Ribena botol besar, hahaha rakus...(sori pic senggat aku malas nak rotate hehehe)

dan 

yesssszaaaaaaaaaa pebret jugak ni selain cadbury

ok la sekian tu je saja nak merapu di blog sendiri & tak ada isu menarik pun buat masa ni hehe..

k bai

08 March 2012

Selamat Hari Wanita

Assalammualaikum & hai

Selamat hari wanita untuk aku hehehe & wanita-wanita semua... :)
semoga ceria selalu...

07 March 2012

Wordless Wednesday

Assalammualaikum & hai

addict with myvi in black hehe



k bai...sekian terima kasih

06 March 2012

Jual muka untuk bayar hutang

LONDON: Dua siswazah menjual muka mereka kepada pengiklan dalam usaha untuk menjelaskan hutang pengajian berjumlah hampir �50,000 (RM250,000).
Ed Moyse dan Ross Harper, kedua-duanya berusia 22 tahun, melukis logo dan slogan syarikat pada muka mereka selama sehari. Ini akan membolehkan sesiapa saja yang melintas mereka, dapat membaca iklan berkenaan.

Antara syarikat yang menggunakan khidmat itu menerusi buymyface.co.uk setakat ini ialah Ernst and Young, Pipers Crisp dan Mashbo.


Kedua-dua siswazah terbabit yang menuntut di Universiti Cambridge, sudah memulakan projek itu selama 155 hari daripada 366 hari yang mereka rancang dan setakat ini berjaya mengumpul lebih �31,000 (RM155,000).

Mulanya, satu iklan berharga �1 (RM5) sehari tetapi kini, kedua-duanya menerima begitu banyak permintaan dan harganya naik hingga �400 (RM2,000) dan masih terus meningkat.


Moyse dan Harper berkata: “Ia cara di luar kebiasaan untuk kami menjelaskan hutang pengajian. Kami melihat begitu ramai yang gagal dalam permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan akhirnya terpaksa menerima karier yang sebenarnya bukan mereka kehendaki.



“Apa yang kami lakukan ialah sedikit berbeza dan ia bermula dengan agak baik.” - TS


sumber Harian Metro

02 March 2012

Windows 8 Consumer Preview

Assalammualaikum & hai

dah heboh pasal Window 8 yang terbaru ni kat mana2 media terutama sekali yg berkaitan dengan teknologi..so aku pun nak sharing jugak la sebab bab2 ni memang aku minat tapi nak explain tak reti,.maybe ada yang belum tahu lagi pasal ni apa kata explore/terokai dulu benda baru ni hehehe..

Windows 8 consumer preview ni aku dah install dalam laptop aku hehehe so far so good, memang cun habis la bagi aku...yang penting simple...yesss mesti ada yang nak tak nak cuba kan, up to diri masing-masing hehehehe..for me i like technology so i would like to try it hehehe..

okeh nak tahu sendiri boleh zasss Windows 8 Consumer Preview ..


gambar sumber google 

17 February 2012

Blog | Magnifico

Assalammualaikum & hai

wah wah 'Magnifico..genaral am' nama blog pun dah magnifico aku rasa...baru terjah then best jugak sebab pasal makanan, aku pantang pasal makanan ni...memang aku suka sanggat2. Nak detail kat sini pun aku tak reti tapi kalau nak tau lebih lagi pasal blog ni zassss jer ke mama-leng.blogspot.com wah mama-leng uuuuu...welcome there..

snap shoot blog Magnifico untuk tatapan 

so so green, aku rasa blogger ni peminat hijau yang damai wahhhhhhh hehhe...zasssss

16 February 2012

potpet2 : aku tahu makanan ni memang kurang baik untuk kesihatan ngee~

Assalammualaikum & hai

KFC sedap hingga menjilat jari yeahhhh memang menjilat jari2 pun...hihi..yeahh i know makanan ni memang kurang baik untuk kesihatan pun tapi sekali sekala tak pe kan kalau dah lapar punya pasal bedal je la...beside member opis spend well xkan nak xnak makan kot...hehehehe...tauceh2 my friends...

sebenarnya aku kurang minat makan makanan mcm ni, tgk xhabis pun tau...waaaaa

ni lagi la abis kot hahaha

i like this...mayo dia banyak drpd biasa erkkk

yea yea yea pic xberapa cantik sebab guna camera hp buruk jer hehehe..

ok adik2 ingat tau jangan selalu makan makanan macam ni..xbaik tau untuk kesihatan....
(dull) diri sendiri lagi teruk hehehe...


5 rahsia untuk kekal sihat sepanjang hari 

Blueberry
Tahukah anda buah Blueberry ini memiliki serat yang tinggi didalamnya di samping mengandungi kadar gula dan kalori yang rendah dalam tubuh badan manusia.

Bubur gandum/Oatmel
Sebaiknya anda bolehlah menjadikannya sebagai makanan menu harian anda. Ini kerana makanan oatmel merupakan sumber ‘essential‘ GLA makanan yang terbaik kedua di dunia. Tahukah anda makanan itu juga mempunyai serat serta protein yang amat diperlukan tubuh kita.

Kobis
Disamping itu memakan makanan kobis juga mampu untuk mengelakkan seorang itu dari terkena sel -sel barah. Ini kerana zat yang terkandung di dalam kobis tersebut mengandungi zat ‘fitokimia‘ dimana ia boleh mengelakkan sel barah berlaku secara drastik.

Sayur-sayuran seperti bayam, kangkung
Sayuran yang berdau hijau seperti ini kaya dengan sifat antioksidanya.

Ikan sardin
Ikan sardin adalah makanan pilihan hampir semua golongan usia. Namun begitu tahukah ikan sardin ini memiliki unsurnya ‘hygienist’ sebegini yang sebenarnya kaya dengan kandungan omega 3 di mana jika kita makan ia mampu untuk menyihatkan jantung anda :) .



12 February 2012

Adam dan Hawa

Assalammualaikum & hai

"Tak usah diucap tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu"-novel adam dan hawa by Aisya Sofea


perghhh ayat jiwangggg...actually aku tengah berhempas pulas nak habiskan baca novel ni tapi asyik tergendala je..hehehe...bukan apa nak pulangkan kat tuan punya novel ni semula ngeh ngeh ngeh...aku suka baca novel tapi aku tak suka beli ha ha ha so aku pinjam je la kat sapa-sapa yang love novel...yeahhhhhh bukan kedekut okeh...

so far banyak jugak la novel yang dah aku baca seperti cinta 265 hari by Norazlina Nordin, cinta dua jiwa by Rania Firdaus dan etc.

just nak merepek kat blog sendiri...bubui... :)

hurmmmmm

Assalammualaikum & hai

makin hari makin malas nak update blog...ditambah pulak dengan sakit2 yang kejap2 datang.. :( betul2 ujian...tapi sabar je la...

btw sape2 ada nak cusomize blog or nak tukar header aku tengah take order sebab ada kelapangan heheehe....murah2 je n xcekik darah pun...header saja (simple punya rm5) kalau nak yg canggih2 rm10, customize blog rm35 semua sekali aku tukaq tp simple mcm my blog la...berminat sila tinggal komen kat sini or emel kat lezaqasandra@yahoo.com


selamat berblog :)

07 February 2012

tips cinta jarak jauh...

Assalammualaikum & hai


nak jiwang kejap hahahaha....mungkin ada sapa2 pernah ada situasi mcm ni....aku ker,,ye kot wakakaka...saja nak share tips yang aku pinjam kat kat cicinta.com maybe 1 day nanti aku perlu hehehe.... blushing

tipssss cinta jarak jauh

- percaya pada pasangan
- setia walaupun jauh
- berjumpa walaupun seketika
- tanya khabr
- sambut ulang tahun bersama
- jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

okeh nak tau lebey detail sila baca kat cicinta.com sebab aku malas nak explen ngeeeeh ngeh ngeh...owh owh i love love love secret laaaa....hahaha sampai masa baru aku heboh2

26 January 2012

Alhamdulillah...diberi peluang bernafas

Assalammualikum & hai

macam lama tak merepek kat sini, maklum la beberapa hari ni kesihatan kurang baik sikit terpaksa keluar masuk wad and operate...sapa yang nak bela penyakit kan tapi kalau DIA dah bagi kita xble nak kata apa just berdoa berdoa dan berdoa...

Allahamdulillah, aku diberi peluang bernafas lagi walaupun sakit tak la seberapa kritikal tapi ni pengalaman aku sendiri, apa yang kadang-kandang kita tak ingin dan tak terfikir tu la yang akan terjadi kat diri sendiri...tak ada sapa boleh halang selagi DIA yang nak...sihat, sakit, dan apa2 je semuanya datang dari DIA,,,kita sebagai manusia sepatutnya bersyukur atas nikmat yang DIA bagi kat kita yang pasti semua ni adalah pinjaman saja, hidup ni sementara...sentiasa ingat kat DIA...




"Ya Allah aku bersyukur atas nikmat yang Kau beri kapadaku..Ya Allah sesungguhnya aku seringkali lalai dan alpa kerana dunia...Ya Allah,kurniakanlah kesihatan yang baik pada kami, Ya Allah, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama-sama orang yang baik" amin....

10 January 2012

SELAMAT HARI JADI

Assalammualaikum & hai

selamat hari jadi to my father and sista today....10.01.2012....may ALLAH bless both of them :)


nothin' to give them, just doa semoga mereka sihat selalu dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan...amin :)

09 January 2012

i'm disappointed of someone today and forever

Assalammualaikum & hai

so sad bila someone yang kita kenal kita rapat tiba-tiba berubah jadi lain kan...kecewa tak ?...never forget apa yang orang tu pernah kata kat kita, tapi tak apa mungkin ada hikmah...sabar saja la..best friend forever??ntah la...
macam tak ada makna jer ayat tu pada aku....heh...

02 January 2012

2.20am i dint sleep yet.....OMG

Assalammualaikum & hai

awatlah mata aku x shut down lg nih....org lain dah mimpi indah segala...oo mennnn...apa nak buat???ada lagi ke manusia2 yang belom tido time2 nih hehehe.....ye la ye la tak dapek tidur paksa tidur hehehe...tidur lambat or TAK BOLE TIDUR ni la yang menyebabkan mata aku macam mata PANDA sudah...


opssssss sungguh kiut panda ini....oleh itu tidur la wahai LizQasandra karang mata hang macam mata panda yang kiut comei loteh ni...hehehehe
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kejahilanku dan keterlanjuranku dalam urusanku, juga perkara yang Engaku lebih mengetahui daripadaku..amin

31 December 2011

Welcome 2012

Assalammualaikum & hai



2011 bagi aku ialah tahun kejatuhan, kesempitan dan penuh dugaan 
Ya Allah, Kau jadikanlah tahun 2012 ini tahun kebangkitan kejayaan dan kebahagian untuk aku dan semua orang di sekeliling ku..Amin...



p/s:: ayat last pinjam orang punyeee....ooh tidak..tq fren