Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

01 February 2011

kisah sebenar di Egypt baca dan sebarkan

Salam semua...

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah. 
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes. 
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt. 
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka. 

picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.


http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/krisis-mesirnasib-pelajar-malaysia.html (videos at egypt. must see!) 
post credit to umek.thanks for posting this babe. i wouldnt understand unless you post it. and im praying that my aunty and all malaysian at egypt is alright. amin.

and you. yang sedang membaca. please copy and paste entry ini di blog, di facebook, di twitter in everywhere social network you have. spread it please.
thank you. :'(

note : bukan nak saja2 copy just nak help them....sebarkan....thx sherah

15 December 2010

Aduh pening kepalaku

Assalamualaikum & hai...

korang ada tak sapa2 reti nak pasang commentLuv tu kat intenseDebate...aku buat asik tak menjadi jer...susahnyerrrr pening kepala aku...

kalau ada sapa2 tau tolong la jar aku nih yg tak tahu dah la ketinggalan berbatu2 kiki...aku baru nak tanya tupaikaran ngan bro kusut tapi rasanya dorang bz kot ngeeee......

ala kalau ada sapa2 teror mendalah ni habaq la kat aku...tak pasal2 aku remove gak mende ni baru nak jadik pro konon kuikui....

help help....

14 December 2010

IntenseDebate-untuk ruang komen yang ala-ala pro gitu

Assalammualaikum & hai...

okeh aku nak kecoh2 plak...setelah lama duk mengodek apakah mendenye IntesnseDebate (tau dah tp tatau mcm mana nak guna mendalah ni) yang aku nampak dari belog tupaikaran, kusut sapa2 lagi la, macam nak try pulak...bila dah bubuh dalam blog sendiri waaaa mabelessss...

Ala-ala pro gitu hikhik....cun la...akceley komen2 yang pernah ada sebelum ni adalagi tak ilang pun cuma aku tuka cara lain ehehe...apa kata korang try, memang best...pro beb hehehe...aku pro ker? caittt guna pon tarak reti lagi ni weh....

apa lagi korang bertukarrrrrrrrrrr......hehehe...try la dulu belom try belom tahu...

aku dah...cewahhh mcm iklan apa ntah lupa...

ok la itu saja sekian terima kasih.....jika minat nak try sila la ke http://intensedebate.com 
jadik mulai hari ni aku istiharkan komen2 aku sekarang dalam intensedebate lalalaa....saja nak heboh heboh kiki

04 December 2010

Proton Pahlawan : Proton Tuah

Assalammualaikum & hai....

Aku ni betul-betul tertinggal Jet la, tapi tak apa, sebab aku suka aku nak share hehe...
dah tengok tak Pahlawan canggih lagi ensem-ensem gitu...kalau belom tengok jom la tengok...

Tapi.....

Tuah jugak la yang ensem maksud aku Proton Tuah...opsss terlebih sudah hihi....
tadaaaaaa

Tuah3

Tuah6

halamak tergoda aku ;p

Selain dari Proton Tuah, ada jugak Proton Jebat, Lekiu, Lekir, Kasturi


Proton Lekir (walaaaaa nampak sport plak keta nih) 

02 December 2010

Saya Nak Join Kenali Blogger Oleh Zairie

Assalammualaikum...boring2 tadi apa lagi BW la pastu jumpa blog INI....waaaa 'Saya Nak Join Kenali Blogger Oleh Zairie', ehemmm apa lagi juin la sekaki....

Best jugak ea dapat kenal-kenal dengan blogger yang aku sendiri xberapa nak kenal nanti boleh kenal-kenal lagik hehhee..eh jum la juin xkan tengok ajer....Terjah SINI yer...tarikh luput malam ni jam 11.59 pm....

Salam kenal :)

10 November 2010

Lelaki kapak ibu di beranda rumah

Salam...masyaALLAH apa nak jadik la orang sekarang ni, sungguh pelik betul la..Lelaki kapak ibu diberanda rumah...hurmmmm sungguh sungguh sedih bila seorang anak sanggup membunuh atau mencederakan ibunya mahupun ayahnya sendiri...dimana la rasa sayang dan hormat kat orang tua pada masa kini....kalau dulu dulu boleh nampak betapa takutnya dan hormatnya kat ibubapa tapi sekarang hilang...ntah la nak cakap banyak pun kita ni manusia boleh pikir...tapi kalu fikiran pun dah kena racun segala macam kat dunia ni nak cakap pun dah tak dak paedah...ingat yer kawan2 syurga itu ditelapak kaki ibu...sendiri mau ingat la...

baca ni
PEKAN: Seorang ibu mati ditetak di kepala oleh anak lelakinya berusia 23 tahun ketika sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya di Felda Chini Timur 1, dekat sini, malam kelmarin.
berita selanjutnya boleh baca SINI 

kadang-kadang kan bila tengok atau baca berita2 sekarang ni semua cerita bunuh iskkkk nak baca pun nak naik muak...dah xada kerja lain eh...tapi kalau xambik tau berita pulak dicakap nanti katak bawah tempurung...isk isk isk...apa2 aje la...semoga kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT...amin

credit Berita Harian

02 November 2010

Uniqlo opening in November - Malaysia

Salam to all....i wanna share this stuff.. some1 tell me bout this so i search and i found this,,,jom layan zasssss


source google

UNIQLO, Japan’s number one fashion brand and world leader in casual wear, will open its first store in Malaysia in November in Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Making its debut as an anchor tenant in the newly renovated Fahrenheit 88 shopping centre, the large-format store will occupy a three-level retail space of 2,140 sq m, which conveys the appeal of UNIQLO - stylish, high quality and affordable clothing, complemented by an unparalleled modern Japanese shopping experience.


"Consumers may anticipate the unexpected from UNIQLO as we offer an impressive array of basic casual wear, along with signature items such as the Japanese high-tech winter wear HEATTECH, fleeces, Japanese denim and UNIQLO’s famous +J collection right here in Malaysia," said Satoshi Onoguchi, managing director of UNIQLO (Malaysia) Sdn Bhd and UNIQLO (Singapore) Pte Ltd.


macam best kan....pe kata terjah sana...hehehe...n aku dengar dari kawan aku yg UNIQLO ni ada buat contest hadiah dia tiket gi jepun...eh yer ker...kalau ye aku nak jugak ikut g jepun tu hahaha...kepada kawanku itu, saya nak ikut jugak tau hahaha...lalala~


source 
http://www.go-uniqlo.com/

18 October 2010

Emas didalam batu

Salam....aku rasa minggu ni aku memang nak share story pasal ema$ korang kena ambik tau jugak pasal aset ni hehe....sekali lagi aku kena minta izin dari tuan punya blog en. Shahrul memandangkan web dia pasal ema$ so penuh la info pasal GOLD...i like that web ngeh ngeh....

Kali ni share pasal Emas didalam batu...wooowwww interesting kan...meh la kita zasssssss.....


crystal gold alaska Emas didalam batu
Ini adalah ketulan nugget emas dari Alaska, permukaan batuan emas kuartza ini seperti batu ditepi sungai (bulat dan tidak tajam), mungkin disebabkan batu ini berada di kawasan aliran air sungai, Logam emas yang diheret oleh arus laju, mungkin termendap pada permukaan batu yang poros dan melekat disitu.



gold nugget venezuela Emas didalam batu

Batuan emas pelik ini berasa dari Icabaru, Venezuela di Amerika Selatan. Emas ini ditemui dalam bentuk lapisan. Biasa disebut sebagai Graded Bedding. Lapisan demi lapisan emas ini terhasil dari gerakan kerak bumi yang berlaku pada tempat yang sama. setiap lapisan mengandungi kualiti emas yang yang berbeza.


crystal gold08 RM1 Emas didalam batu

Batuan kristal ini mengandungi emas dalam jumlah yang kecil. yang menariknya, didalam batu kristal, emas tersebar dalam bentuk seperti lumut, emas melekat pada celah kerak dan permukaan batuan kristal. Kedua-dua mineral ini sangat mudah untuk diasingkan





gold ore01 Emas didalam batu

Didalam batu marmar pula, emas biasanya terselit didalam lapisan akibat dari proses sedimentary rock (Lithification), emas terperangkap didalam batuan marmar dan terkumpul disitu untuk suatu tempoh yang lama




crystal wire rams02 Emas didalam batu


Emas dalam bentuk batuan aneh seperti tanduk Ram (Kambing gurun), bentuknya sangat unik dan tiada keterangan yang jelas bagaimana formasi ini terjadi dan harganya sangat mahal.



gold ore02 Emas didalam batu


Anda pernah jumpa batu kuartza putih macam ini? ia berselerakan dimana-mana, saya selalu bermain batu macam ini semasa di Felda Cheneh dan Felda Gua Musang dahulu, x sangka, dalam batu kuartza putih ni pun boleh ditemui emas. Ia berada pada urat-urat emas batu kuartza putih. Jenis ini mungkin banyak di Malaysia.




gold ore calif Emas didalam batu


Batu kuartza hitam ini mengandungi iron oxida. logam emas yang berselerakan dicelah batu lebih tertumpu kepada kawasan rekahan yang dekat dengan iron oxida (hitam). Batu ini sangat kaya dengan emas dan pyrite.




octagonal gold Emas didalam batu


Kristal emas tulen paling biasa dijumpai dalam bentuk oktagon, spesimen yang digali dari lombong emas di California menunjukkan bentuk emas sebenar diperolehi secara semulajadi.




gold ore04 Emas didalam batu


Emas yang dijumpai didalam string gerudi semasa proses carigali. Saya jangkakan batu ini adalah quartza, bitumen, batu keras yang hitam mungkin beberapa ratus meter dibawah dasar bumi.



yang terakhir, saya nak share batuan “emas” yang di jumpai di sebuah kuari di Pendang, Kedah pada awal tahun ini, selepas kajian dijalankan logam yang dikatakan “emas” tersebut terbukti adalah Pyrite(pyrite biasanya digunakan untuk membuat emas palsu). Anda nampak tak sebarang perbezaan diantara batu mengandungi emas dan batu mengandungi Pyrite?


best kan ceta pasal emas ni....fuhhh best wooo kalau dapat seketui mcm gambar2 nih hehehe

credit hargaemas

16 October 2010

Story tentang kampung halaman ku

Salam.....hai apa kabar semua.....hehe malam2 ni mood nak post entry ada la sikit3 mood....dah ekcely ada permintaan jugak supaya aku ceta sikit pasal GOLD...ye la encik dot dot dot nnti ai post entry pasal tu yer...maklumla org kemaruk ngan emas ni semua bende tengok pun GOLD hahaha....

Apa2 hal pun aku nak post pasal kampung halaman aku dulu...maybe ada korang2 semua tanya aku ni asal mana, aku bubuh kat profile aku hometown Konoha, Jepun hahaha...ye ye laa...

Aku ni pior made in Sabah, Malaysia...ehem2 bangsa melayu + brunei (bukan keturunan bangsawan yer...hahha) Kiranya aku ni asal from daerah papar la sebab mak aku lahirkan aku kat sana, mesti korang pelik kan mcm mana mak aku boleh lahirkan aku kat papar plak sedangkan mak aku asal beaufort bukan beaufort kat negara england tu hahaha, eh ada ea beaufort kat negara barat korang cek la kat google hehehe...Alkisa, mak aku asal beaufort sabah bapak aku plak orang papar,,,fuhh jauh weiii bapak aku kenal mak aku 1jam kalau speed dr kampung mak aku p papar hahaha...

So tak sempat2 balik beaufort mak aku terberanakkan la aku kat papar kg bapak aku...ahahaha...secara rasminya aku ni orang papar la...ala xjauh pon papar ngan beaufort kiki...Aku ngan adik aku la secara rasminya adalah orang SABAH ehem ehem, adik2 aku yg 3 orang lagi orang wilayah persekutuan....piiii la korang bertiga kikiki...

Oleh itu meh la kita zasssss asal Papar dan Beaufort ni...haaaa zaman jepun nenek ngan atok aku sempat lg jumpa orang2 kansai (eh nama cat la) jepun ni kikiki...korang zasssss la kat link tu yer...hehehe...


Latarbelakang Daerah Papar
Sejarah Beaufort / http://pediaview.com/openpedia/Beaufort,_Sabah
http://www.sabahtourism.com/en/destination/130-papar-district/

ehem ehem promo ni hahah


sepatutnya aku mesti ada baju mcm ni ahahaha...pewittttttt dua2 ensem kiki


monyet ni pemes ooo kat tmpt aku...orang dr obesea dtg sini semata2 nak tengok monyet ni tau...

dah tau kan sejarah kampung aku tu....apa pun aku bangga aku ada kampung yang best..sonok tau ada kampung....weeeeeee


tu je la aku nak share, nak bgtau asal usul lebih mendalam lagi? insyaALLAH nanti aku share yer...aku ni jepun tu pasal xnak ceta sanggat hahaha....jepunnnn laaaaa wekkkkk,,,okla nanti sambung lagi yer ceta pasal kampung ai hehhee

sumber gambar google...

12 October 2010

ASB Loan

 Salam.....hai semua...hari ni aku nak sharing pasal investment plak kiki dah asyik merepek plak bek aku share mende yg mendatang hasil ngeh ngeh.....



Korang pernah dengar tak pasal ASB Loan.....Sekarang ni dah banyak bank buat mcm tu ye ke dah banyak yang aku tahu 3 bank jer setakat ni CIMB Bank, Maybank & RHB Bank....kalau aku salah mohon diperbetulkan yer....

Aku ada buat ASB Loan ni dan sekarang aku dah melabur kat situ for 2 years, baru jer lagi...tapi pulangan dia mahsuk beb....for the 1st year aku punya dividen boleh tahan jugak agak2 tebal jugak la dompet aku kalau aku kuarkan semua...Aku loan dalam RM10k jer ikut kemampuan RM10k + dividen = RM korang kirala sendiri aku xterkira kiki....

Apakah mendenye ABS Loan ni....meh meh terjah

Use this term loan facility to buy ASB units. While you are servicing the loan, you'll be earning the annual dividends and bonuses from your ASB investment which you can use to partly pay for the subsequent year loan repayments. It's an affordable, convenient and smart way to make your money work harder.
Features and benefits:

  • Maximum loan amount of up to RM200,000.
  • High financing margin.
  • Low interest rates.
  • Flexible loan tenures.
  • Low handling fees.
  • Insurance coverage.
korang paham tak...kalau ikut kefahaman aku kalau kita loan kita xrugi apa2 untung lagi ada...simpanan untuk masa tua...kalau rasa berminat nak tahu boleh la pergi ke bank2 yang berkenaan seperti yg aku sebut kat atas nun...yang penting dividen aku untuk kali yang ke second akan masuk hujung bulan 12 ni tahun depan boleh la songlap dr akaun ASB aku kiki...nanti aku tunjuk kat korang kalau korang xpercaya....rugiiii woooo xbuat investment mcm ni....kikiki

Pinjaman ASB(ASB Loan) memberi pulangan melebihi 40%

Layan zasssssssssss...and thank to my 'kawan' yg bg idea pasal investmet, he like $$$ gud gud nnti bole % pasni kiki

sumber CIMB Bank


07 October 2010

Traffic jatuh merundum....teruk nih

Salam...hai semua...semenjak semenjak jarang bloging ni  traffic blog aku makin jatuh merundum seolah2 jatuh ditimpa tangga...maklum la xada stori best tu yang merundum tuuu kiki.....aku bz mana taknya xada stori...

(iklan hahaha)

Tadi baru jer lepas intebiu,,,,pastu minggu ni bz ngan program jabatan....tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali yihaaaaa...



so tu jer la aku nak talking talking...lagi pun aku nak malas nak taip panjang2...kiki blog aku ni kalau bab2 merepek memang secoit jak aku talking talkig....hehee...

kerja kerja ngeeee

06 October 2010

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Salam....aku ada menda baik nak share (cehhh ayat tiru dari drama tv kiki)....Aku dapat dari emel aku so aku tak tahu la kesahihan artikel ni tapi aku rasa macam best n perlu kongsi...keep reading ya...hehehe~

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angina ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. 
Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung.
Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme. Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom:
1.         Cepat penat.
2.         Mengah.
3.         Sakit dada.
4.         Denyutan nadi laju.
5.         Lemah di bahagian kaki.
6.         Kurang selera makan.
7.         Batuk.
8.         Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan:
1.         Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2.         Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3.         Elakkan meminum airbatu.
4.         Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5.         Sentiasa meminum air panas.
6.         Amalkan bersenam.

Rawatan:
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).
Moralnya : jangan duk mengadap komputer 48hours yer walaupun banyak kerja...kikiki~

01 October 2010

Tengah godek wordpress

Salam...hai semua...korang tau tak hosting wordpress, pernah dengar tak...mesti pernah kan...pemes tuuu...

Aku ada gak try hosting ni dulu tapi very complicated la...kena yang betul2 serius dalam blog ni baru leh buat...blog wordpress aku dah lama aku delete dan skang ni tengah nak create baru hehehe...hosting wordpress ea bukan blogspot....

Dalam wordpress seperti yg aku paham la, kita sendiri yang handle blog kita serupa blogspot jugak tapi lain la sangat, wowwww kita la admin dalam tu ehehehe...kalau aku tak silap la aku pun tak teror lagi mende ni kalau salah tolong ea betulkan aku baru belajar tau nak buat posting dalam wordpress coz aku ada  gak hajat nak berpindah hosting dari blogspot ke wordpress tapi bukan sekarang la lama lg kot....aku pun dah familiar sgt guna blogspot ni sebab blogspot tak la serumit wordpress...tapi kalau nak yang best wordpress la..hehehe....

otai2 blog yang guna wordpress ni tolong aaa ajar cmne nak guna mendalah ni...susahhh wooooo!!!! kiki

kalau korang rajin boleh la baca kat sini, compare blogger dan wordpress...100best-free-web-space.com/articles/blogs-and-blog-hosting/blogger-vs-wordpress....lalalalala~

28 September 2010

Pengumuman


Salam semua....Maafla yer minggu ni aku bz tak hinggat sebab ada perkara yang penting aku perlu buat so buat semantara waktu aku stopkan dulu tulis entry bukan stop nak dari berblog....Cuti sementara waktu jer hehehehe....blog blog jugak kerja is number 1 so utamakan apa yang utama dulu....

Pada yang komen tak berbalas dan ada yang kurang jelas pada entry tertentu nanti aku akan update yer but not now after my work done yeahhhh just wait jer....insyaALLAH...

Last but not least jangan rindu2 aku tau ahahahahaha wekkkk perasan la aku 

24 September 2010

Akuu di Quarantine oleh 100penulis

Salam.....aiseh tajuk seolah2 aku ada penyakit berjangkit plak...ekcely aku bukan kena kuarantin tapi blog aku dibekukan oleh admin 100penulis buat sementara waktu....apa kessssss??? aku pun tak tahu....Aku ada buat kesalahan merit ker....



Mana tidaknya terkezutttttt badak aku tengok link 100penulis + Editor Area (EA) dalam list blog aku lenyap macam tu ajeeeeeeee....apa lagi bukak emel cepat2 tadaaaaa yang keluar......
ALERT......selebihnya biar aku jer yang tahu....
Uwaaaaaaa encik/cik/puan/tuan/dr/datuk/datin 100penulis apakah kesalahanku..... sob sob cedey... ;(

23 September 2010

Kenangan 2003/2006

Salam...hai semua...teringat plak aku taim2 stdy dolu2 hehehe....miss my frens yg otak giler2 masa tu...hehe, Bella, Abby, Efa, Muni, Hana, Roslee, Yanie, Almaz, Amy...aaaaaa semua la, miss korang la weiiiiiiiiiiii bila la nak jumpa korang2 semua ni....kompom ada dah anak bersusun skang ni wewewewe....tahniah yer!!!!

Banyak kenangan masa tu, memang sanggat2 tidak luput dari ingatan...

sorry la gambar aku xbubuh dalam ni nak tgk pic korang boleh terjah SINI

lagu kegemaran masa tu hehehe xlain xbukan lagu kat bawah ni hahahahaha





Senarai Penuh Menteri Kabinet

Salam semua...hari ni nak share bende penting ni....aku memang tengah mencari Senarai Penuh Menteri Kabinet 2009, taim perlu baru nak cari apa la aku ni....hehe...so bek aku share kat sini senang aku nak semak kat blog sendiri....dan terima kasih kat blog budiey cz ada info yang sanggat2 aku perlukan...en.budiey, ai pinjam yer senarai tu hehehe,,,kalau rasa yang senarai ni bukan da latest sila habaq kat cheq yer!!!!

Senarai Penuh Menteri Kabinet Baru 2009 Datuk Seri Najib Tun Razak

Senarai penuh kabinet baru Malaysia tahun 2009 ini sangat berguna untuk sesiapa sahaja yang akan menduduki ujian atau temuduga kerja dalam kerajaan. Memang akan tanya pasal nama menteri dan segala hal tentang Malaysia.

PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah
MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak
MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin
MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi
MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew
MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin
MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun
MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan
MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan:Fadillah Yusof
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup
MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim
MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng
MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin
MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng
MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:Datuk Lajim Ukin
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun
MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:Datuk M.Saravanan

......Rukun Negara pun aku nak share kot2 ada yg lupa rukun negara hehehe jgn marah yer

KERPERCAYAAN KEPADA TUHAN 
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN 
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN



22 September 2010

Share Blog...

Salam.....hari ni rilek sikit sebab kerja so far memang xada so rilek giler la...g pun my bos outstation and paham2 la yer kalu keje g*******t.....nizam omar mesti paham punyer hehehe....so aku nak berkongsi beberapa blog yang boleh 'up'kan lagi traffic + earning....maklum la blog aku ni xada apa yang best!!!!

Tadi aku jalan2 la bukan jalan2 kuar opis jalan2 blog jer alaaa blogwaking hehe...So terjumpa la pasal Tips nak dapatkan BE earning nuffnang akcely banyak lg tips tapi yang ni pon aku nak share pada korang2....aku bab2 ni xberapa nak teror lagi aku pun newbie so minta mahap la yer...better aku share dari explen pasal xberapa nak expert mendalah ni....

Kat blog kancilbiru ni pun korang boleh terjah, blog dia best 'i like' sebab bg motivasi sikit kat aku supaya rajin bloging dari tak tahu jadi tahu sikit2 lama2 jadi gunung everest hehe...

Ni plak blog yang memang pemes 1 malaya pada aku la....Redmummy...masuk news dia ni tau,,,jom terjah!!!!

......banyak lagi la blog best xmampu aku nak list kan semua, ni jer la yang aku boleh nak share nanti aku share lagi..aku nak sambung blogwalking + keje hehe...ye ye jer...

Ok semua....selamat bekerja pada yang kerja + selamat stdy pada yang tga stdy.. chaiyok!!!

21 September 2010

Domain Name: 8 Factors To Consider When Choosing A Domain Name

Salam....i wanna share this article...read if u wanna read or leave if u dun want read hehehe...

I know that you have been searching on the internet for the information on how to name your domain.  Are you still not sure how to name your domain? If you say, "Yes", I am glad to come to the right place.  Here I am going to tell you the 8 factors to consider when choosing a domain name before heading to a domain registrar such as Godaddy.

1-Goals and objectives and future directions
Before you get a domain name, you should have a plan in mind.  You should know what your goals and objectives of having a domain are.  Do you want to have a domain to advertise your business or you want it for your interests or hobbies?

2- Domain ending
Select the top level domain (TLD) as dot com (.com) unless you want to get a specific country of a particular legal or organization structure such as dot edu (.edu for education).  It depends on your objective of having the domain.  If you want a domain to redirect a specific url, then get a domain with dot info(.info).  It would serve your purpose well and it is cheaper than the dot come one.

3- Hyphens
Avoid hyphens your domain name even though some people would say that would help search engine identify keyword more clearly.  Some would say that would be the same thing as without hyphens.

4- Name length
The name of your domain should be short, simple, and memorable.  The purpose behind this is you want your audience to spell correctly, say quickly, and remember your domain.  Remember that the longer the domain name, the easy it is to misspell it.

5- SEO and traffic
Do a keyword research for your domain name because it has influence on search engines.  That is why you want your domain name related to keyword in your niche that you are going to do business.  The targeted keyword used in the domain name can boost traffic to your blog.

6- Intended audience
You must have in mind of what kind of audience you intend to appeal your business to.  Is that young people, internet marketing or cool groups of people?  This way you can gear the way you talk to your audience so that you can tone your voice through your writing properly.

7- Trademark infringement
Before you register your domain, do a research to make sure you don't use a trademark name. Be warned that buying a domain containing a trademarked name could result in taking your domain down after a legal battle dispute.

8- Branding
You can use your name as a domain name, but it is going to take a lot of work to brand your blog.  People do not know who you are.  You have a lot of marketing and advertising to do.
The above 8 factors are just a brief explanation when choosing a domain name.  To find out in more detail, please visit this blog: http://www.paulyunonline.com/domain-8-factors-to-consider-when-choosing-a-domain-name/

This article credit to here

08 September 2010

Balik Kampung wewe



Salam semua....wahhhhhh dengar lagu balik kampung kat hot fm tadi bestnyer malam ni balik kampung yeye..mood kerja dah xada langsung da ni hehehe....Yang penting korang jangan rindu2 rindu konon wekkk aku bila aku xpost apa2 yek kiki..

Aku nak beraya sakan tahun ni, banyak tempat nak gi ni, plan nak gi Kundasang,


nak gi Ranau mandi hot water (poring) wahhhhh lama xgi sana, im coming there dun worry ehehe tu pasal cuti kena lama sikit bos jangan cari sy tau nanti hehe



gi mandi air terjun jugak, dah lama x gi...ni memang nak gi nih wahhhhhhh boleh bah kalau ko


mau gi sini jugak simpang mengayau lamanya x gi sana waaaaaaaaahhhhhh bestnyerrrr

hehehehe bestnyer jangan jeles tau padahal aku saja nak bagi korang jeles hahaha

' Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Semua '
berapa kali aku nak ucap daaaaaa